- JBS Terengganu
- Hits: 13
529 PESERTA ARPRM TAHAP PERAK DAN GANGSA DITAULIAHKAN DI TERENGGANU
- JBS Terengganu
- Hits: 13
529 PESERTA ARPRM TAHAP PERAK DAN GANGSA DITAULIAHKAN DI TERENGGANU
2 November 2026 | Kuala Terengganu
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu (JBSNT) telah menganjurkan Majlis Pentauliahan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Tahap Perak dan Gangsa Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2026 di Dewan Utama, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Terengganu.
Majlis disempurnakan oleh Tuan Haji Asmadi bin Mohamad, Pengarah JBSNT. Turut hadir Puan Salbina binti Hamzah @ Jaafar, mewakili Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu.
Seramai 529 peserta menerima pentauliahan, terdiri daripada 171 penerima Tahap Perak dan 358 penerima Tahap Gangsa sebagai pengiktirafan terhadap komitmen dan kesungguhan mereka dalam aktiviti pembangunan sahsiah, kepimpinan, disiplin dan kesukarelawanan.
Dalam ucapannya, Tuan Haji Asmadi merakamkan penghargaan kepada JPNT, PPD, sekolah dan pemimpin ARPRM atas kerjasama menjayakan program ini. Beliau turut berharap kerjasama strategik antara PPD dan PBSD terus diperkukuh bagi memperluas pelaksanaan ARPRM di seluruh Terengganu.
Tahniah dan syabas kepada semua penerima! Semoga terus menjadi generasi muda yang berintegriti, berdaya saing dan berjiwa pemimpin.
Koleksi gambar sepanjang majlis boleh dilihat menerusi pautan Google Drive di bawah!
https://drive.google.com/.../11d2WGVwADlQPHed77lmm2OFdN6S...
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #JBSNT #ARPRM
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Rakan Muda
belia.my
Disediakan oleh: Unit Pengurusan Portal JBSNT
