TERENGGANU 4X4 ORIENTEERING CHALLENGE 2026

TERENGGANU 4X4 ORIENTEERING CHALLENGE 2026   
Alhamdulillah, Terengganu 4X4 Orienteering Challenge 2026 yang berlangsung pada 30 dan 31 Oktober 2026 di Ladang TDM Pelong, Setiu, Terengganu telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya.
Program ini merupakan penganjuran sulung sukan 4X4 berkonsepkan orienteering di Malaysia, dengan kerjasama Persatuan Sukan Orienteering Terengganu, Kelab Terjoh ! 4x4 Kuala Terengganu dan dikuasakan oleh KBSMalaysia Penganjuran ini menjadi satu langkah inovatif dalam menggabungkan sukan pacuan empat roda dengan kemahiran navigasi, pembacaan peta, strategi dan cabaran lasak di lapangan.
Alhamdulillah, simulasi penggunaan sistem pemasaan (timing system) berasaskan teknologi digital turut berjaya dilaksanakan. Sistem ini membantu merekod masa pelepasan (flag-off), masa ketibaan dan tempoh perjalanan peserta secara lebih sistematik, tepat dan efisien, sekali gus membuka ruang kepada pemodenan pengurusan pertandingan sukan 4X4 di Malaysia.
Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua marshall, petugas, urus setia, Persatuan Sukan Orienteering Terengganu dan dikuasakan oleh Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia serta TDM atas kebenaran mengguna laluan semua pihak yang terlibat atas komitmen, pengorbanan dan kerjasama dalam menjayakan program ini.
Semoga kejayaan ini menjadi titik permulaan kepada perkembangan sukan orienteering 4X4 di Malaysia serta membuka peluang kerjasama yang lebih luas dalam penganjuran program-program akan datang.
Terima kasih semua. Kita jumpa lagi di cabaran seterusnya!
  Satu pasukan, satu semangat, satu matlamat.
Kelab Sukan Pacuan Empat Roda Ummah (UT 4X4)
#UT4X4 #Terengganu4X4OrienteeringChallenge2026 #Orienteering4X4 #PersatuanSukanOrienteeringTerengganu #TeknologiDigital #InovasiSukan4X4
#dskkbs2026
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu
Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu

 

Disediakan oleh : Unit Pengurusan Portal JBSNT

Image
Jalan Pasir Panjang
21100 Kuala Terengganu,
Terengganu
Tel : 09-6222344/45 dan 09-6223693
Fax : 09-6236596

Web : http://www.jbsn.gov.my/jbs-terengganu

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 05-11-2026, 17:35:21

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search