KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH JBSNT KEPADA YB USTAZ HISHAMUDDIN ABDUL KARIM

KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH JBSNT KEPADA YB USTAZ HISHAMUDDIN ABDUL KARIM
KUALA TERENGGANU | 5 Oktober 2026 – Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu (JBSNT), Tuan Haji Asmadi bin Mohamad, telah mengadakan kunjungan hormat kepada YB Ustaz Hishamuddin Abdul Karim, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri Terengganu, hari ini.
Kunjungan hormat ini menjadi platform bagi memperkukuh jalinan kerjasama antara JBSNT dengan Kerajaan Negeri, selain membincangkan hala tuju serta perancangan strategik dalam memperkasa agenda pembangunan belia dan sukan di Negeri Terengganu.
Pertemuan turut memberi ruang untuk bertukar pandangan dan memperkemas sinergi dalam memastikan pelaksanaan program serta inisiatif pembangunan belia dan sukan dapat dilaksanakan secara tersusun, berkesan dan memberikan impak kepada masyarakat.
Dalam pertemuan tersebut, turut dibincangkan persiapan dan penganjuran Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Negeri Terengganu 2026 yang akan berlangsung pada 8 hingga 10 Oktober 2026.
Bagi penganjuran HSN 2026, Kelab Golf dan Rekreasi Petronas (KGRP), Kemasik menjadi antara lokasi bagi kejohanan bola sepak dan woodball, manakala Mesra Mall Kemasik menjadi lokasi pelbagai acara sukan serta Majlis Perasmian HSN Peringkat Negeri Terengganu 2026.
Turut hadir, Encik Mohd Fais bin Haji Mohd Sendek, Penolong Pengarah (Sukan), JBSNT.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #JBSNT
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Rakan Muda
belia.my

Disediakan oleh: Unit Pengurusan Portal JBSNT

Image
Jalan Pasir Panjang
21100 Kuala Terengganu,
Terengganu
Tel : 09-6222344/45 dan 09-6223693
Fax : 09-6236596

Web : http://www.jbsn.gov.my/jbs-terengganu

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 23-10-2026, 16:30:28

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search