- JBS Terengganu
- Hits: 43
LAWATAN KERJA & KUNJUNG HORMAT SEMPENA HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2026
- JBS Terengganu
- Hits: 43
LAWATAN KERJA & KUNJUNG HORMAT SEMPENA HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2026
KEMASIK, 29 September 2026 – Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu, Tuan Haji Asmadi bin Mohamad, mengadakan lawatan kerja ke Kelab Golf & Rekreasi Petronas (KGRP) dan Mesra Mall Kemasik bagi meninjau persiapan penganjuran Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Negeri Terengganu 2026 yang akan berlangsung pada 8 hingga 10 Oktober 2026.
KGRP menjadi antara lokasi kejohanan bola sepak dan woodball, manakala Mesra Mall Kemasik menjadi lokasi pelbagai acara sukan serta Majlis Perasmian HSN 2026 Peringkat Negeri Terengganu.
Lawatan turut disusuli kunjung hormat kepada YBrs. Tuan Haji Ahmad Nazwawi bin Harun, Pegawai Daerah Kemaman, bagi memperkukuh kerjasama antara JBSNT dan Pejabat Daerah dan Tanah Kemaman dalam menjayakan HSN 2026.
AYUH RAKYAT TERENGGANU!
SEMARAKKAN HARI SUKAN NEGARA 2026!
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #JBSNT #MalaysiaAktif #HSN2026 #HSNTerengganu2026
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Rakan Muda
belia.my
Disediakan oleh : Unit Pengurusan Portal JBSNT
