- JBS Terengganu
- Hits: 19
POCKET TALK: JOM ALERT! KENALI TAKTIK SCAMMER
- JBS Terengganu
- Hits: 19
POCKET TALK: JOM ALERT! KENALI TAKTIK SCAMMER
KUALA TERENGGANU, 26 SEPTEMBER 2026 – Sempena Jualan Y-Hub Street Negeri Terengganu Tahun 2026, telah diadakan Pocket Talk “Jom Alert! Kenali Taktik Scammer” di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Terengganu.
Sesi perkongsian yang telah disampaikan oleh Tuan Insp. Alnizam bin Lojumin, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu, memberi pendedahan kepada 92 orang peserta yang terdiri daripada golongan belia mengenai pelbagai taktik penipuan dalam talian, termasuk scam jual beli, pelaburan, penyamaran, pautan palsu serta penipuan melalui media sosial.
Peserta turut diingatkan agar sentiasa berwaspada, menyemak maklumat dan tidak mudah berkongsi maklumat peribadi atau perbankan kepada pihak yang tidak dikenali.
Jom Alert! Semak sebelum percaya, fikir sebelum bertindak.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #JBSNT #MalaysiaAktif #HSN2026 #HSNTerengganu2026
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Rakan Muda
belia.my
Disediakan oleh: Unit Pengurusan Portal JBSNT
