CABARAN SUKAN REKREASI @ WALL CLIMBING PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2026

CABARAN SUKAN REKREASI @ WALL CLIMBING PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2026   
KUALA TERENGGANU, 26 SEPTEMBER 2026 – Cabaran Sukan Rekreasi @ Wall Climbing Peringkat Negeri Terengganu 2026 berlangsung meriah di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Terengganu dengan penyertaan seramai 32 orang peserta.
Program ini bertujuan memperkenalkan serta meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta dalam sukan wall climbing, di samping memupuk kecergasan fizikal, keberanian, keyakinan diri, ketangkasan serta semangat mencabar keupayaan diri melalui aktiviti rekreasi yang sihat dan selamat.
Sepanjang program, peserta diberikan pendedahan mengenai asas, teknik dan aspek keselamatan wall climbing, sebelum berpeluang mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari menerusi mini pertandingan wall climbing.
Program ini turut dilaksanakan dengan kerjasama Kelab Sukan Rekreasi Kuala Berang dan Dynamic Climbing Club bagi memastikan aspek pengendalian, teknik serta keselamatan sepanjang aktiviti dapat dilaksanakan dengan baik dan teratur.
Majlis penutup telah disempurnakan oleh Tuan Haji Asmadi bin Mohamad, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu (JBSNT).
Turut hadir, En. Mohd Fais bin Haji Mohd Sendek, Penolong Pengarah Sukan JBSNT.
Program ini diharapkan dapat menarik lebih ramai golongan belia untuk menceburi sukan rekreasi, khususnya wall climbing, sebagai salah satu aktiviti yang mampu meningkatkan kecergasan fizikal, ketahanan mental dan keyakinan diri.
  Cabar Diri, Takluki Ketinggian!   
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #JBSNT #MalaysiaAktif #HSN2026 #HSNTerengganu2026
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Rakan Muda
belia.my

Disediakan oleh: Unit Pengurusan Portal JBSNT

Image
Jalan Pasir Panjang
21100 Kuala Terengganu,
Terengganu
Tel : 09-6222344/45 dan 09-6223693
Fax : 09-6236596

Web : http://www.jbsn.gov.my/jbs-terengganu

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 23-10-2026, 16:30:28

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search