- JBS Terengganu
- Hits: 20
PENYAMPAIAN HADIAH BIGGEST LOSER TERENGGANU 2026 MERIAHKAN PENUTUP PROGRAM
- JBS Terengganu
- Hits: 20
PENYAMPAIAN HADIAH BIGGEST LOSER TERENGGANU 2026 MERIAHKAN PENUTUP PROGRAM
KUALA TERENGGANU, 25 SEPTEMBER 2026 – Program Biggest Loser Terengganu 2026 melabuhkan tirai dengan majlis penyampaian hadiah kepada para peserta yang mencatatkan pencapaian terbaik sepanjang program yang berlangsung selama empat bulan. Program anjuran Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Terengganu dengan kerjasama Alpha Nation Aerobic Club.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Puan Nurul Afifa Sofina binti Azmi, Timbalan Pengarah Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu. Turut hadir Encik Mohd Fais bin Haji Mohd Sendek, Penolong Pengarah Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu.
Bagi Kategori Lelaki, tempat pertama dimenangi oleh Mohd Khairumuzamil bin Ishak, diikuti Mohd Syukri bin Baharudin di tempat kedua dan Abdul Hadi bin Harun di tempat ketiga.
Manakala bagi Kategori Wanita, Syawanah binti Yusuff muncul sebagai pemenang tempat pertama, diikuti Rohainai binti Yatim di tempat kedua dan Nik Mazaturiah Farahin binti Nik Mazri di tempat ketiga.
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang atas pencapaian serta komitmen yang telah ditunjukkan sepanjang program. Penghargaan turut diberikan kepada seluruh peserta yang telah memberikan komitmen dan bersama-sama menjayakan Biggest Loser Terengganu 2026.
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Herbalife, VitaHealth dan Yakult atas sokongan serta tajaan yang diberikan dalam menjayakan program ini.
Semoga segala usaha dan perubahan positif yang dilakukan sepanjang program ini menjadi titik permulaan kepada amalan gaya hidup sihat, aktif dan berterusan dalam kalangan peserta.
Tahniah kepada semua peserta! Teruskan momentum, kekal aktif dan jadikan gaya hidup sihat sebagai amalan sepanjang hayat.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #JBSNT #MalaysiaAktif #HSN2026 #HSNTerengganu2026
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Rakan Muda
belia.my
Disediakan oleh : Unit Pengurusan Portal JBSNT
