- JBS Terengganu
- Hits: 24
HAMPIR 1,500 PESERTA SERTAI LARIAN MALAYSIA AKTIF
- JBS Terengganu
- Hits: 24
HAMPIR 1,500 PESERTA SERTAI LARIAN MALAYSIA AKTIF
KUALA TERENGGANU, 26 September 2026 – Hampir 1,500 peserta menyertai Larian Malaysia Aktif sempena Malaysia Aktif X Pra-Pelancaran Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Negeri Terengganu 2026 yang berlangsung di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Terengganu.
Larian tersebut dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Haji Abdul Kahar bin Abdul Latif, Pengarah Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM).
Turut hadir Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu (JBSNT), Tuan Haji Asmadi bin Mohamad, serta Puan Nur Fatihah Nabila binti Mohd Rahuddin, Wakil Pengurus Besar Mesra Mall.
Penganjuran Larian Malaysia Aktif menjadi platform untuk menggalakkan masyarakat mengamalkan gaya hidup aktif, sihat dan cergas menerusi penglibatan dalam aktiviti fizikal.
Program ini turut menyemarakkan lagi sambutan Hari Sukan Negara 2026, di samping memperkukuh usaha membudayakan gaya hidup aktif dalam kalangan masyarakat.
Lebih istimewa, Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Negeri Terengganu 2026 akan diadakan di Mesra Mall, Kemaman pada 10 Oktober 2026, yang bakal menghimpunkan pelbagai aktiviti sukan dan rekreasi untuk seluruh lapisan masyarakat.
Malaysia Aktif, Terengganu Aktif!
AYUH DAFTARKAN AKTIVITI ANDA!
Komuniti, kelab, persatuan, sekolah dan jabatan dijemput mendaftarkan aktiviti sempena Hari Sukan Negara 2026 di:
www.harisukannegara.my
Daftar sekarang, meriahkan HSN 2026!
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #JBSNT #MalaysiaAktif #HSN2026 #HSNTerengganu2026
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Rakan Muda
belia.my
Disediakan oleh : Unit Pengurusan Portal JBSNT
