- JBS Terengganu
- Hits: 25
TIADA BATAS UNTUK TERUS AKTIF!
- JBS Terengganu
- Hits: 25
TIADA BATAS UNTUK TERUS AKTIF!
KUALA TERENGGANU, 21 SEPTEMBER 2026 – Semangat kesukanan terus disemarakkan menerusi Kursus Latihan Asas Sukan Orang Kurang Upaya (KLAS OKU) Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2026 yang dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu (JBSNT) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Sektor Pendidikan Khas serta Persatuan Bola Tampar Para Negeri Terengganu.
Seramai 60 peserta menyertai latihan dan pendedahan asas dalam tiga sukan iaitu Futsal, Bola Tampar Duduk dan Stacking Sports di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Terengganu.
Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Asmadi bin Mohamad, Pengarah JBSNT.
Lebih daripada sekadar bersukan, KLAS OKU menjadi platform untuk mencungkil potensi, membina keyakinan dan memperluas peluang penglibatan OKU dalam sukan serta masyarakat.
Sukan untuk semua. Potensi tanpa batas.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #JBSNT #MalaysiaAktif #KLASOKU2026 #SukanUntukSemua #OKU #Terengganu
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Rakan Muda
belia.my
Disediakan oleh: Unit Pengurusan Portal JBSNT
