KONTINJEN TERENGGANU TERUS MENGGEGAR! 5 PINGAT DIBAWA PULANG

SELANGOR, 7 September 2026 — Kontinjen Terengganu terus mempamerkan semangat juang tinggi di Para SUKMA XXII Selangor 2026 apabila berjaya meraih lima pingat pada hari ini, terdiri daripada dua pingat perak dan tiga pingat gangsa menerusi saingan Para Olahraga dan Para Tenpin Boling.
Para Olahraga menjadi penyumbang terbesar dengan empat pingat, iaitu dua perak dan dua gangsa, manakala Para Tenpin Boling menyumbang satu pingat gangsa.
  PINGAT PERAK – PARA OLAHRAGA
• Muhammad Khalish Taqiuddin bin Mohd Daud
Acara: LT13 400m
• Ahmad Zuaiman bin Shamsuddin
Acara: LF13 Merejam Lembing
  PINGAT GANGSA – PARA OLAHRAGA
• Ahmad Akashah bin Yahya
Acara: LF40 Merejam Lembing
• Solehah Muzdaliefah binti Mustafa
Acara: WF13 Lontar Peluru
  PINGAT GANGSA – PARA TENPIN BOLING
• Muhammad Harith Azhfar bin Hazlan
Acara: Perseorangan TPB4 (L)
Pencapaian lima pingat ini membuktikan kesungguhan dan daya juang atlet Terengganu dalam memberikan yang terbaik di pentas Para SUKMA, sekali gus mengharumkan nama Darul Iman.
Tahniah dan syabas kepada semua atlet, jurulatih serta pegawai Kontinjen Terengganu. Teruskan perjuangan, teruskan mencipta kejayaan!   
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #JBSNT #ParaSUKMA2026 #KontinjenTerengganu
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Rakan Muda
belia.my

Disediakan oleh : Unit Pengurusan Portal JBSNT

Image
Jalan Pasir Panjang
21100 Kuala Terengganu,
Terengganu
Tel : 09-6222344/45 dan 09-6223693
Fax : 09-6236596

Web : http://www.jbsn.gov.my/jbs-terengganu

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 23-10-2026, 16:30:28

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search