PEMANTAUAN PROJEK TANAMAN PISANG AGROBELIA LESTARI@RAKAN MAHIR PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2026

PEMANTAUAN PROJEK TANAMAN PISANG AGROBELIA LESTARI@RAKAN MAHIR PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2026
BESUT, TERENGGANU – Satu sesi pemantauan Projek Tanaman Pisang di bawah Program Agrobelia Lestari@Rakan Mahir Peringkat Negeri Terengganu 2026 telah diadakan bagi melihat perkembangan dan kemajuan projek yang dilaksanakan oleh Kelab Belia Generasi FELCRA Keruak, Besut.
Sesi pemantauan ini telah disertai oleh Puan Fazulia bt. Zulkifli, Pengarah Cawangan Pembangunan Ekonomi Belia, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersama Puan Alina bt. Abdul Aziz, Penolong Pegawai Kanan Ekonomi Belia, serta Encik Akramin daripada Pejabat Pertanian Daerah Besut.
Projek tanaman pisang ini adalah di bawah penyeliaan Bahagian Pembangunan Ekonomi Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Besut, dalam usaha bersama membangunkan potensi serta memperkukuhkan pembangunan Kelab Belia Generasi FELCRA Keruak, Besut.
Lawatan pemantauan ini bertujuan meninjau perkembangan tanaman pisang, mendapatkan maklum balas daripada ahli kelab serta memberi panduan dan khidmat nasihat teknikal bagi memastikan projek ini dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan, mampan dan berdaya maju.
Usaha ini mencerminkan komitmen berterusan Kementerian Belia dan Sukan serta agensi berkaitan dalam memperkasa golongan belia melalui bidang pertanian. Inisiatif seperti ini bukan sahaja membuka peluang kepada belia untuk menceburi sektor agro, malah mampu menjana pendapatan dan melahirkan lebih ramai usahawan belia dalam bidang pertanian.
Agrobelia Lestari@Rakan Mahir – Menyemai Potensi, Membina Kemahiran dan Mencipta Peluang untuk Belia!
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #JBSNT
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Rakan Muda
belia.my

Disediakan oleh : Unit Pengurusan Portal JBSNT

Image
Jalan Pasir Panjang
21100 Kuala Terengganu,
Terengganu
Tel : 09-6222344/45 dan 09-6223693
Fax : 09-6236596

Web : http://www.jbsn.gov.my/jbs-terengganu

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 23-10-2026, 16:30:28

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search