PERTANDINGAN PARA SUKMA XXII SELANGOR 2026 DITERUSKAN, LANGKAH PENCEGAHAN JEREBU DIPERKETAT

SHAH ALAM, 7 SEPTEMBER 2026 — Pertandingan bagi sukan Para Lawn Bowls, Para Memanah, Para Renang dan Para Olahraga pada Temasya Para SUKMA XXII Selangor 2026 diteruskan dengan pelaksanaan langkah-langkah pencegahan susulan keadaan jerebu yang melanda beberapa kawasan.
Keputusan tersebut dibuat menerusi Mesyuarat Ketua Delegasi dan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Teknikal Para SUKMA XXII Selangor 2026 yang bersidang pada pagi ini bagi meneliti aspek keselamatan dan kesihatan atlet serta pegawai.
Antara langkah pencegahan yang ditetapkan termasuk pemakaian pelitup muka N95 ketika berada di luar bangunan atau kenderaan, mengurangkan pendedahan kepada jerebu serta melaksanakan saringan kesihatan oleh pasukan perubatan setiap delegasi.
Bagi Para Olahraga, tempoh setiap sesi pertandingan turut dihadkan kepada maksimum dua jam, manakala atlet yang tidak bertanding tidak dibenarkan berada di venue pertandingan atau kawasan terbuka.
Majlis penyampaian pingat Para Olahraga pula akan diadakan di Dewan Kompleks Sukan UiTM Shah Alam mulai sesi petang ini dan dilaksanakan sebaik sahaja sesuatu sesi pertandingan tamat.
Dalam pada itu, setiap atlet yang bertanding perlu mengisi borang perakuan bertanding dalam keadaan jerebu sebagai sebahagian daripada langkah keselamatan yang ditetapkan.
Mesyuarat Jawatankuasa Khas Teknikal turut menetapkan bahawa sekiranya bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 200, semua pertandingan akan dibatalkan.
Keselamatan, kesihatan dan kebajikan atlet serta pegawai kekal menjadi keutamaan sepanjang penyertaan Kontinjen Terengganu di Para SUKMA XXII Selangor 2026.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #JBSNT #ParaSUKMA2026 #KontinjenTerengganu
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Rakan Muda
belia.my

Disediakan oleh : Unit Pengurusan Portal JBSNT

Image
Jalan Pasir Panjang
21100 Kuala Terengganu,
Terengganu
Tel : 09-6222344/45 dan 09-6223693
Fax : 09-6236596

Web : http://www.jbsn.gov.my/jbs-terengganu

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 23-10-2026, 16:30:28

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search