𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐏𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐂𝐄𝐊 𝐂𝐔𝐑𝐀 𝐆𝐄𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐃𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 (𝐆𝐏𝐒) 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 𝟒𝐗𝟒 𝐌𝐄𝐑𝐃𝐄𝐊𝐀 𝐂𝐇𝐀𝐋𝐋𝐄𝐍𝐆𝐄 𝟐𝟎𝟐𝟔

Kuala Terengganu, 5 September 2026 – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) terus komited dalam usaha menyokong pembangunan sukan 4x4 berprestasi tinggi negara melalui pemberian Geran Padanan Sukan (GPS) berjumlah RM 55,000.00 kepada Kelab Sukan Pacuan Empat Roda Ummah (UT 4X4).
Perlumbaan edisi Keenam ini dengan dengan 16 SS dipertandingkan melibatkan Kategori Long wheelbase (LWB) Dan Short wheelbase bermula 3-5 September 2026, dengan penyertaan 56 pasukan tempatan dalam Semenanjung Malaysia.
Program ini dimulakan dengan Konvoi Jalur Gemilang yang meriah, disertai seramai 280 peserta membabitkan 120 kenderaan pacuan empat roda (4X4) dengan kerjasama Majlis Belia Negeri Terengganu yang melintasi mercu tanda ikonik seperti Drawbridge dan keindahan pesisir pantai Seberang Takir ini secara tidak langsung mempromosikan keunikan produk sukan dan pelancongan Negeri Terengganu kepada para peserta luar.
Encik Mohd Fais bin Haji Mohd Sendek, Penolong Pengarah Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu, mewakili KBS menyempurnakan penyerahan cek cura GPS kepada Muhammad Muzzammil MoKhetar,Presiden Kelab Sukan Pacuan Empat Rodan Ummah (UT 4X4) pada Majlis Perasmian Yang disempurkan oleh YB L.Sr. Haji Zaharudin bin Zahid.
Turut hadir Mohd Khairol Nizam bin Mohd Ibrahim Khan,Presiden Persatuan Pacuan Empat Roda Malaysia, Jihadi Shafie,Presiden, Kelab Terjoh ! 4x4 Kuala Terengganu dan Puan Siti Hajah Husien, Pegawai Sekretariat Geran Padanan Sukan KBS
Program ini juga mendapat kerjasama penuh daripada Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu Dan Pejabat Daerah Kuala Nerus
Terima kasih kepada KBS menerusi JBSN komited memperkasakan pembangunan sukan 4x4 dan
usaha murni serta kerjasama erat antara pelbagai agensi ini bukan sahaja mampu memupuk gaya hidup sihat dan menyatukan komuniti pemotoran, malah turut mendatangkan impak positif kepada sektor pelancongan sukan (sports tourism) di Negeri Terengganu. Semoga industri sukan negara terus maju jaya demi merealisasikan aspirasi "Malaysia Negara Bersukan 2030"!  
#MalaysiaMADANI
#VisitTrulyTerengganu2027 #TourismTerengganu #BeautifulTerengganu #MalaysiaTrulyAsia #CutiCutiMalaysia
#4X4MerdekaChallenge
#KonvoiJalurGemilang
#RakanMuda
#GeranPadananSukan
#GPSKBS

Image
Jalan Pasir Panjang
21100 Kuala Terengganu,
Terengganu
Tel : 09-6222344/45 dan 09-6223693
Fax : 09-6236596

Web : http://www.jbsn.gov.my/jbs-terengganu

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 23-10-2026, 16:30:28

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search