PARA BOLING PADANG B7 & B8 BUKA TIRAI

PARA BOLING PADANG B7 & B8 BUKA TIRAI
KLANG, 5 September 2026 — Saingan Para Boling Padang kategori B7 dan B8 membuka tirai pada hari pertama Temasya Para SUKMA XXII Selangor 2026 yang berlangsung di Kompleks Boling Padang Bayu Emas, Klang.
Kontinjen Terengganu mempertaruhkan empat atlet bagi kategori berkenaan, masing-masing Muhammad Fadhullah bin Mazdan dan Muhammad Hamirul Azwa bin Muda dalam kategori B7, manakala Muhammad Firdaus bin Ibrahim serta Muhammad Irfan Al Imran bin Mohd Jefri beraksi dalam kategori B8.
Keempat-empat atlet tampil dengan semangat dan keyakinan tinggi dalam usaha memburu kejayaan serta mengharumkan nama Terengganu di pentas Para SUKMA XXII.
Turut hadir memberikan sokongan kepada atlet Terengganu ialah Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu, Tuan Haji Asmadi Mohamad.
Ayuh Terengganu! Teruskan perjuangan!    
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #JBSNT #ParaSUKMA2026 #KontinjenTerengganu
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Rakan Muda
belia.my

Disediakan oleh : Unit Pengurusan Portal JBSNT

Image
Jalan Pasir Panjang
21100 Kuala Terengganu,
Terengganu
Tel : 09-6222344/45 dan 09-6223693
Fax : 09-6236596

Web : http://www.jbsn.gov.my/jbs-terengganu

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 23-10-2026, 16:30:28

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search