DARI BELIA UNTUK KOMUNITI - MYCORPS SUNTIK IMPAK POSITIF!

Dari Belia untuk Komuniti - MyCorps Suntik Impak Positif!

Puan Azura Abidin, Ketua Pengarah JBSN turun padang ke Kampung Mangkok, Setiu bagi meninjau pelaksanaan program Akademi MyCorps Edisi 2: Malaysia 2026.  
Seramai 5 orang “changemaker” belia menjalankan inisiatif berimpak kepada komuniti setempat antaranya keceriaan sekolah, pembersihan pantai, pemuliharaan alam dan terumbu karang, penanaman bakau serta sukan dan rekreasi.  
Projek yang berjalan bermula 13 Julai hingga 28 Ogos ini diyakini akan memberikan impak kepada lebih daripada 500 penerima manfaat terutamanya dalam kalangan masyarakat tempatan.  
Turut hadir di majlis perasmian di SK Mangkok adalah Encik Shamsuhaime Basir, TKP (Pembangunan Rakan Muda) dan Encik Asmadi Mohamad, Pengarah JBS Negeri Terengganu.  
Dari bilik latihan ke lapangan, dari idea kepada impak — inilah pengalaman sebenar yang membentuk pemimpin muda masa depan!  
“Changing Lives”, JBSN Komited  


#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda
KBSMalaysia Taufiq Johari Mordi Bimol Rahimi Ismail

Disediakan oleh: Unit Pengurusan Portal JBSNT

Image
Jalan Pasir Panjang
21100 Kuala Terengganu,
Terengganu
Tel : 09-6222344/45 dan 09-6223693
Fax : 09-6236596

Web : http://www.jbsn.gov.my/jbs-terengganu

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 24-08-2026, 10:19:18

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search