LIGA SUKAN KOMUNITI PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2026 MELABUHKAN TIRAI!   

LIGA SUKAN KOMUNITI PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2026 MELABUHKAN TIRAI!   
Tirai Liga Sukan Komuniti Peringkat Negeri Terengganu 2026 akhirnya dilabuhkan dengan penuh semangat, kemeriahan dan warna-warni kesukanan!  
Lebih daripada sekadar pertandingan, program ini menjadi medan untuk mengeratkan silaturahim, menyemarakkan semangat perpaduan serta membudayakan gaya hidup aktif dan sihat dalam kalangan komuniti.
Sesi penyampaian hadiah sukan bola tampar telah disampaikan oleh Tuan Haji Asmadi bin Mohamad, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu, manakala untuk sukan bola jaring dan futsal disampaikan oleh Encik Mohd Fais bin Haji Mohd Sendek, Penolong Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu.
Setiap aksi, sorakan dan keringat yang dicurahkan para peserta membuktikan bahawa sukan mampu menyatukan kita tanpa mengira latar belakang. Tahniah kepada semua pasukan dan peserta yang telah memberikan komitmen serta semangat juang terbaik sepanjang kejohanan.
Menang atau kalah bukan ukuran utama, kerana nilai kesukanan, persahabatan, disiplin dan semangat setiakawan itulah kemenangan sebenar!  
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Liga Sukan Komuniti 2026. Semoga semangat yang tercetus terus subur dan menjadi pemangkin kepada komuniti yang lebih aktif, sihat dan bersatu.
Berikut merupakan keputusan setiap acara ;


Bola Tampar Johan - Kuala Terengganu B
 Naib Johan - Kuala Terengganu A
 Ketiga - Kemaman B
 Ketiga bersama- Besut B


Futsal
 Johan – Kuala Terengganu A
 Naib Johan – Kemaman A
 Ketiga – Marang A
 Ketiga bersama - Dungun B


Bola Jaring
 Johan – Setiu A
 Naib Johan – Kuala Terengganu A
 Ketiga -Besut A
 Ketiga bersama – Kuala Terengganu B


Sukan menyatukan kita, komuniti menguatkan kita!  
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #JBSNT #LSK2026 #LigaSukanKomuniti
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Rakan Muda
belia.my

Disediakan oleh : Unit Pengurusan Portal JBSNT

Image
Jalan Pasir Panjang
21100 Kuala Terengganu,
Terengganu
Tel : 09-6222344/45 dan 09-6223693
Fax : 09-6236596

Web : http://www.jbsn.gov.my/jbs-terengganu

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 24-08-2026, 10:19:18

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search