LIGA SUKAN KOMUNITI PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2026 MERIAH, HIMPUN 532 PESERTA!

LIGA SUKAN KOMUNITI PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2026 MERIAH, HIMPUN 532 PESERTA!


KUALA NERUS, 21 Ogos 2026 – Dewan Gemilang, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) hari ini menjadi saksi berlangsungnya Majlis Perasmian Liga Sukan Komuniti (LSK) Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2026 yang disempurnakan oleh Tuan Haji Asmadi bin Mohamad, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu.
Turut hadir, Yang Berbahagia Profesor Madya Ts. Dr. Ahmad Faizal bin Ahmad Fuad, Dekan Fakulti Pengajian Maritim, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) serta Puan Nasriah binti Najmi, Pegawai Belia dan Sukan Kanan, Pusat Sukan dan Rekreasi, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).
Kejohanan yang berlangsung selama dua hari, pada 21 dan 22 Ogos 2026, menghimpunkan seramai 532 peserta terdiri daripada atlet, pengurus dan jurulatih dari seluruh daerah di Negeri Terengganu.
Penyertaan kejohanan ini terdiri daripada pasukan johan dan naib johan Liga Sukan Komuniti (LSK) dari setiap daerah di Negeri Terengganu, sekali gus menyaksikan pertembungan pasukan terbaik dari setiap daerah bagi merebut gelaran juara di peringkat negeri.
Sebanyak tiga acara sukan dipertandingkan iaitu futsal, bola tampar dan bola jaring. Acara futsal dan bola tampar berlangsung di Pusat Sukan UniSZA, manakala acara bola jaring berlangsung di Universiti Malaysia Terengganu (UMT).
Program berlangsung dalam suasana penuh meriah, semangat kesukanan dan ukhuwah komuniti, sekali gus menjadi platform untuk mengeratkan silaturahim serta memperkukuh hubungan antara peserta dari seluruh daerah.
Liga Sukan Komuniti bukan sekadar medan untuk merebut kejuaraan, malah turut menjadi platform dalam memupuk gaya hidup aktif dan sihat, mencungkil bakat sukan serta menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat melalui sukan.
Dengan semangat “Bersukan, Bersatu dan Membina Komuniti”, para peserta tampil memberikan komitmen dan semangat juang yang tinggi bagi menjadikan kejohanan ini lebih rancak dan penuh warna.
Inilah bukti bahawa sukan mampu menyatukan masyarakat tanpa mengira latar belakang, usia dan pengalaman, selaras dengan aspirasi menjadikan sukan sebagai wadah membina komuniti yang aktif, sihat dan bersatu.   
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #JBSNT #LSK2026 #LigaSukanKomuniti
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Rakan Muda
belia.my

Disediakan oleh : Unit Pengurusan Portal JBSNT

Image
Jalan Pasir Panjang
21100 Kuala Terengganu,
Terengganu
Tel : 09-6222344/45 dan 09-6223693
Fax : 09-6236596

Web : http://www.jbsn.gov.my/jbs-terengganu

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 24-08-2026, 10:19:18

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search