BELIA TURUN PADANG, KOMUNITI TERUS MERASAI MANFAAT

Belia Turun Padang, Komuniti Terus Merasai Manfaat

SETIU, 19 Ogos 2026 – Usaha memperkasa peranan belia sebagai agen perubahan terus diperkukuhkan menerusi pelaksanaan Akademi MyCorps Edisi 2: Malaysia 2026 yang berlangsung di Kampung Mangkok, Setiu, Terengganu.
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN), Puan Azura Abidin, hari ini meluangkan masa turun padang bagi melihat sendiri perkembangan pelbagai projek kemasyarakatan yang digerakkan oleh lima orang changemaker belia menerusi program tersebut.
Sepanjang tempoh pelaksanaan dari 13 Julai hingga 28 Ogos 2026, para peserta bukan sahaja menimba pengalaman dalam kerja kesukarelawanan, malah turut bersama-sama komuniti melaksanakan pelbagai aktiviti yang memberi nilai tambah kepada persekitaran dan kehidupan masyarakat setempat.
Antara aktiviti yang dilaksanakan termasuk menceriakan kawasan sekolah, membersihkan pantai, memelihara alam sekitar dan ekosistem terumbu karang, menanam bakau serta mengadakan aktiviti sukan dan rekreasi.
Inisiatif ini dijangka memberi manfaat kepada lebih 500 orang penerima, khususnya penduduk setempat, sekali gus memperlihatkan kemampuan golongan belia untuk menyumbang secara langsung kepada pembangunan komuniti.
Majlis perasmian yang berlangsung di SK Mangkok turut dihadiri Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Rakan Muda), Encik Shamsuhaime Basir, serta Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu, Tuan Haji Asmadi bin Mohamad.
Program seperti ini membuktikan bahawa pembangunan belia bukan sekadar berkaitan latihan dan pembelajaran, tetapi turut memberi ruang kepada anak muda untuk memimpin, berkhidmat, menyelesaikan masalah dan mencipta perubahan yang dapat dirasai masyarakat.
Daripada anak muda untuk komuniti, setiap usaha yang digerakkan hari ini menjadi langkah penting dalam membina barisan pemimpin masa hadapan yang berjiwa sukarelawan, berdaya tahan dan prihatin terhadap masyarakat.
Belia bergerak, komuniti terbela. Inilah wajah belia yang membawa perubahan.   
“Changing Lives” — JBSN Komited.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MyCorps #BeliaUntukKomuniti
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Rakan Muda
belia.my

Disediakan oleh: Unit Pengurusan Portal JBSNT

Image
Jalan Pasir Panjang
21100 Kuala Terengganu,
Terengganu
Tel : 09-6222344/45 dan 09-6223693
Fax : 09-6236596

Web : http://www.jbsn.gov.my/jbs-terengganu

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 24-08-2026, 10:19:18

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search