- JBS Terengganu
- Hits: 20
PROGRAM WOMEN'S TRAIL HIKING PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2026
- JBS Terengganu
- Hits: 20
PROGRAM WOMEN'S TRAIL HIKING PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2026
Alhamdulillah, Program Women's Trail Hiking Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2026 telah berjaya dilaksanakan pada 31 Julai hingga 1 Ogos 2026 (Jumaat - Sabtu) bertempat di Setiu Adventure Park dan Gunung Sarut, Setiu, Terengganu dengan penyertaan seramai 30 orang peserta wanita.
Program ini bertujuan menggalakkan penglibatan wanita dalam aktiviti rekreasi lasak, membudayakan gaya hidup sihat, meningkatkan kecergasan fizikal serta memupuk semangat kerjasama, disiplin dan kecintaan terhadap alam semula jadi.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Encik Mohd Fais bin Haji Mohd Sendek, Penolong Pengarah (Sukan), Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu.
Turut hadir memeriahkan program ialah Encik Mohd Najib bin Alias, Penyelaras bersama Program, serta Encik Mohd Hafizzudin Amlin, Ketua Malim Gunung.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua peserta, urus setia, jurulatih serta semua pihak yang telah memberikan komitmen dan kerjasama dalam menjayakan program ini.
Semoga program ini menjadi pemangkin kepada lebih ramai wanita untuk terus aktif dalam aktiviti rekreasi, mengamalkan gaya hidup sihat serta menghargai keindahan alam semula jadi.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #JBSNT #WomensTrailHiking2026
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Rakan Muda
belia.my
Disediakan oleh : Unit Pengurusan Portal JBSNT
