- JBS Terengganu
- Hits: 14
28 JULAI 2026 | ZIARAH KASIH JBSNT
- JBS Terengganu
- Hits: 14
28 Julai 2026 | Ziarah Kasih JBSNT
Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu, Tuan Haji Asmadi Mohamad, telah mengadakan Ziarah Kasih kepada Saudara Fakhrudin bin Zakaria, Pengerusi PESRON Terengganu, yang kini sedang menerima rawatan di Wad 2, Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.
Ziarah ini mencerminkan keprihatinan serta sokongan seluruh warga Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu (JBSNT) kepada beliau dan keluarga dalam menghadapi ujian yang sedang ditempuh.
Semoga Allah SWT mengurniakan kesembuhan yang segera kepada Saudara Fakhrudin, mempermudahkan segala urusan rawatan, serta mengurniakan kesihatan yang berpanjangan.
Semoga ahli keluarga beliau turut dikurniakan kekuatan, kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi dugaan ini.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #JBSNT #JBSNTPrihatin #ZiarahKasih #PESRONTerengganu
Disediakan oleh : Unit Pengurusan Portal JBSNT
