- JBS Terengganu
- Hits: 26
PROGRAM BELIA BEBAS HUTANG @ RAKAN MAHIR PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2026
- JBS Terengganu
- Hits: 26
Program Belia Bebas Hutang @ Rakan Mahir Peringkat Negeri Terengganu 2026
Kuala Nerus, 27 Julai 2026 – Seramai 152 orang belia menyertai Program Belia Bebas Hutang @ Rakan Mahir Peringkat Negeri Terengganu 2026 yang diadakan di Dewan Kuliah Utama, UNiSZA. Program ini telah disempurnakan oleh Tuan Haji Asmadi bin Mohamad, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu.
Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran belia mengenai kepentingan pengurusan kewangan yang berhemah serta memahami risiko keberhutangan. Peserta turut didedahkan dengan amalan perancangan kewangan yang bijak bagi mengelakkan masalah hutang dan membentuk gaya hidup yang lebih lestari.
Melalui penganjuran program ini, diharapkan lebih ramai belia dapat mengamalkan pengurusan kewangan yang bertanggungjawab serta menjadi generasi yang celik kewangan, berdaya tahan dan bebas daripada beban hutang.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #JBSNT
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Rakan Muda
belia.my
Disediakan oleh : Unit Pengurusan Portal JBSNT
