- JBS Terengganu
- Hits: 162
SESI LATIHAN KECERGASAN PROGRAM BIGGEST LOSER PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2026
- JBS Terengganu
- Hits: 162
Sesi Latihan Kecergasan Program Biggest Loser Peringkat Negeri Terengganu 2026
23 Mei 2026 (Sabtu) Kuala Terengganu - Telah berlangsung sesi latihan kecergasan melibatkan peserta Program Biggest Loser Peringkat Negeri Terengganu 2026 bertempat di Taman Rekreasi Pantai Batu Buruk bermula jam 7.30 pagi.
Aktiviti ini dianjurkan bagi menggalakkan peserta mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif melalui aktiviti fizikal secara santai serta berkumpulan. Program dimulakan dengan sesi pendaftaran dan taklimat ringkas sebelum para peserta memulakan aktiviti Brisk Walk di trek larian Pantai Batu Burok.
Para peserta memberikan kerjasama yang amat baik serta menunjukkan semangat dan komitmen yang tinggi sepanjang aktiviti berlangsung. Suasana program turut berjalan dengan meriah, ceria dan penuh semangat.
Pelaksanaan aktiviti ini diharapkan dapat membantu peserta mengekalkan momentum kecergasan di samping meningkatkan motivasi untuk terus mengamalkan gaya hidup sihat secara konsisten.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #JBSNT #BiggestLoser
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Rakan Muda
belia.my
