SESI PENILAIAN PROGRAM AGROBELIA LESTARI @ RAKAN MAHIR 2026 PERINGKAT NEGERI TERENGGANU

SESI PENILAIAN PROGRAM AGROBELIA LESTARI @ RAKAN MAHIR 2026 PERINGKAT NEGERI TERENGGANU
20 Mei 2026 (Rabu) – Penilaian akhir hari pertama Program Agrobelia Lestari @ Rakan Mahir 2026 Peringkat Negeri Terengganu telah berlangsung melibatkan dua buah persatuan belia yang melaksanakan projek pertanian dan penternakan.
Persatuan pertama ialah Kelab Belia Tebing Tembah, Dungun yang melaksanakan projek penternakan ikan tilapia, manakala persatuan kedua ialah Kelab Permata Seberang Takir, Kuala Nerus yang melaksanakan projek perusahaan cendawan tiram mutiara.
Alhamdulillah, kedua-dua persatuan menunjukkan komitmen yang sangat baik sepanjang pelaksanaan projek di samping mewujudkan persaingan yang sihat dalam memperkasakan sektor agrobelia di negeri Terengganu.
Sesi penilaian turut dihadiri oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu (JBSNT), Tuan Haji Asmadi bin Mohamad. Penilaian bagi projek-projek yang dipertandingkan telah dilaksanakan oleh wakil daripada Jabatan Perikanan Negeri Terengganu dan Jabatan Pertanian Negeri Terengganu.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #JBSNT

Image
Jalan Pasir Panjang
21100 Kuala Terengganu,
Terengganu
Tel : 09-6222344/45 dan 09-6223693
Fax : 09-6236596

Web : http://www.jbsn.gov.my/jbs-terengganu

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 23-10-2026, 16:30:28

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search