BELIA HEBAT TERENGGANU TERSERLAH DALAM PENILAIAN APBN 2026 PERINGKAT NEGERI TERENGGANU

BELIA HEBAT TERENGGANU TERSERLAH DALAM PENILAIAN APBN 2026 PERINGKAT NEGERI TERENGGANU   
KUALA TERENGGANU, 13 Mei 2026 – Sesi Penilaian Anugerah Perdana Belia Negara Tahun 2026 Peringkat Negeri Terengganu bagi kategori Individu Lelaki dan Wanita telah dilaksanakan pada 12 hingga 13 Mei 2026 bertempat di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu.
Program ini bertujuan untuk menilai dan mengiktiraf sumbangan, pencapaian serta penglibatan aktif golongan belia dalam bidang pembangunan masyarakat, kepimpinan, kesukarelawanan, keusahawanan dan inovasi.
Seramai 14 calon lelaki dan 14 calon wanita telah hadir menyertai sesi penilaian tersebut. Kesemua calon dinilai secara telus dan profesional oleh barisan panel penilai yang berpengalaman dalam bidang pembangunan belia, diketuai oleh Dr. Siti Hajar binti Kamaruddin bersama Encik Ahmad Bukhari bin Abdul Rahman dan Encik Mohd Shahril bin Mazuki.
Tahniah dan penghargaan turut diucapkan kepada Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD), Majlis Belia Negeri Terengganu (MBNT), Majlis Belia Daerah (MBD), rakan strategik belia serta semua pihak yang terlibat atas kerjasama dan sokongan yang diberikan kepada calon-calon yang bertanding.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #JBSNT #APBN2026

Image
Jalan Pasir Panjang
21100 Kuala Terengganu,
Terengganu
Tel : 09-6222344/45 dan 09-6223693
Fax : 09-6236596

Web : http://www.jbsn.gov.my/jbs-terengganu

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 27-07-2026, 10:44:54

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search