MAJLIS PENYERAHAN CEK CURA GERAN PADANAN SUKAN (GPS) KEPADA PERSATUAN SUKAN ELEKTRONIK TERENGGANU

9 Mei 2026, Kuala Terengganu – Majlis penyerahan cek cura Geran Padanan Sukan (GPS) Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Abd Aziz Abd Rahman, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Sukan), Jabatan Belia dan Sukan Negara kepada Persatuan Sukan Elektronik Terengganu berjumlah RM150,000.00 bagi penganjuran Kejohanan Terengganu International E-Sports Showdown 2026. Majlis berlangsung di Grand Camelia Ballroom, Paya Bunga Hotel.
Turut hadir YBrs. Tuan Haji Asmadi Mohamad, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu serta Sdr. Ahmad Shahrul Nizam bin Ab Ghani, Presiden Persatuan Sukan Elektronik Terengganu.
Kejohanan yang julung kali diadakan ini menghimpunkan lebih 300 peserta dari dalam dan luar negara termasuk dari Rusia, Filipina, Singapura, Indonesia, Brunei dan Syiria.
Sebanyak tiga acara dipertandingkan dalam kejohanan ini iaitu Street Fighter, Mobile Legends dan E-Football Mobile.
Pemberian geran ini bertujuan memperkasa pembangunan industri sukan elektronik (e-sukan) negara melalui sokongan kepada penganjuran kejohanan bertaraf antarabangsa, di samping membuka lebih banyak peluang kepada atlet muda untuk mengembangkan bakat, meningkatkan tahap kompetitif serta memperluaskan jaringan kerjasama strategik dalam industri e-sukan.
#geranpadanansukan
#sukanuntuksemua
#teamkbs
#jbsnBersama
#jbsn
#jbsnt
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Rakan Muda
belia.my

Image
Jalan Pasir Panjang
21100 Kuala Terengganu,
Terengganu
Tel : 09-6222344/45 dan 09-6223693
Fax : 09-6236596

Web : http://www.jbsn.gov.my/jbs-terengganu

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 27-07-2026, 10:44:54

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search