PERTANDINGAN BIGGEST LOSER PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2026

  PERTANDINGAN BIGGEST LOSER PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2026   
  7 Mei 2026 (Khamis) — Telah berlangsung sesi timbangan awal dan taklimat bagi Pertandingan Biggest Loser Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2026 yang mendapat sambutan amat menggalakkan dengan penyertaan seramai 276 orang peserta.  
Program anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) ini merupakan salah satu inisiatif dalam membudayakan gaya hidup sihat serta meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan kecergasan fizikal dan penjagaan kesihatan.   
Sepanjang tempoh empat bulan program berlangsung, para peserta akan menjalani pemantauan profil kecergasan secara berkala menerusi kerjasama strategik bersama agensi kesihatan dan pakar nutrisi.   
Turut diadakan sepanjang sesi tersebut ialah pemeriksaan kesihatan percuma oleh Klinik Kesihatan Manir, pemberian minuman percuma daripada Yakult serta sesi perkongsian berkaitan pengurusan dan penurunan berat badan oleh Herbalife bagi memberi pendedahan, panduan dan motivasi kepada para peserta.  
Sepanjang program berlangsung, para peserta akan didedahkan dengan 16 aktiviti melibatkan latihan fizikal serta sesi ceramah secara atas talian. Peserta juga perlu menghadiri sekurang-kurangnya 8 sesi yang ditetapkan bagi melayakkan diri ke sesi timbangan akhir program.
Semoga program ini menjadi titik permulaan ke arah perubahan gaya hidup yang lebih sihat, aktif dan positif dalam kalangan warga Terengganu.  
“Sedikit perubahan hari ini, besar hasilnya nanti.”  
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #JBSNT #BiggestLoser2026
Taufiq Johari

Image
Jalan Pasir Panjang
21100 Kuala Terengganu,
Terengganu
Tel : 09-6222344/45 dan 09-6223693
Fax : 09-6236596

Web : http://www.jbsn.gov.my/jbs-terengganu

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 27-07-2026, 10:44:54

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search