MESYUARAT JAWATANKUASA ANUGERAH PERDANA BELIA NEGARA (APBN) TAHUN 2026 PERINGKAT NEGERI TERENGGANU

MESYUARAT JAWATANKUASA ANUGERAH PERDANA BELIA NEGARA (APBN) TAHUN 2026 PERINGKAT NEGERI TERENGGANU
Kuala Terengganu, 3 Mei 2026– Satu Mesyuarat Jawatankuasa Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Tahun 2026 Peringkat Negeri Terengganu telah diadakan bagi membincangkan pelaksanaan serta penyelarasan program anugerah berprestij ini di peringkat negeri.
Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato' Haji Abdul Kahar bin Abdul Latif, Pengarah Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu dan dihadiri oleh Tuan Haji Asmadi bin Mohamad, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu, Tuan Syed Ahmad Abdus Salam bin Syed Nazmi, Pegawai Seranta, Urusetia Belia, Sukan dan NGO Terengganu Sejahtera, Puan Hasliza binti Mohd Zin, Pegawai Pendaftar Kanan, Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) Zon Timur, Encik Mukhri bin Mamat, Presiden Majlis Belia Negeri Terengganu serta pegawai- pegawai Belia dan Sukan Daerah daripada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu.
Anugerah Perdana Belia Negara merupakan sebuah program berbentuk penilaian untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada individu dan pertubuhan belia yang telah memberi sumbangan kepada pembangunan belia negara. Penganjuran di peringkat negeri ini menjadi platform penting dalam mencungkil bakat serta mengangkat tokoh-tokoh belia untuk diketengahkan ke peringkat kebangsaan.
Mesyuarat berakhir dengan kesepakatan semua ahli jawatankuasa untuk memperkukuhkan kerjasama dan komitmen dalam menjayakan pelaksanaan APBN Tahun 2026 Peringkat Negeri Terengganu dengan lebih cemerlang dan berimpak tinggi.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #JBSNT
 

Image
Jalan Pasir Panjang
21100 Kuala Terengganu,
Terengganu
Tel : 09-6222344/45 dan 09-6223693
Fax : 09-6236596

Web : http://www.jbsn.gov.my/jbs-terengganu

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 27-07-2026, 10:44:54

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search