- JBS Terengganu
- Hits: 19
MAJLIS PENYAMPAIAN CEK CURA SEMPENA PENGANJURAN TERENGGANU MARATHON 2026
- JBS Terengganu
- Hits: 19
MAJLIS PENYAMPAIAN CEK CURA SEMPENA PENGANJURAN TERENGGANU MARATHON 2026
KUALA NERUS, 1 Mei 2026 – Majlis Penyampaian Cek Cura Geran Padanan Sukan (GPS) Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah berlangsung dengan jayanya, disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Asmadi bin Mohamad, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu.
Dalam majlis tersebut, beliau telah menyampaikan cek cura GPS berjumlah RM80,000.00 bagi penganjuran Terengganu Marathon 2026 (TM26) kepada Kelab Olahraga Alam Sinergi yang diwakili oleh YBrs. Encik Sheikh Mohd Haqimie Sheikh Husain, Timbalan Presiden kelab berkenaan.
Kejohanan yang berlangsung di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu ini telah mencatatkan penyertaan seramai 33,499 peserta, sekali gus membuktikan sambutan luar biasa daripada komuniti pelari dalam dan luar negara.
Penganjuran TM26 merupakan hasil kerjasama antara Kelab Olahraga Alam Sinergi dan Kerajaan Negeri Terengganu dengan sokongan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.
Menariknya, TM26 turut menawarkan jumlah hadiah keseluruhan yang kompetitif dan antara yang tertinggi dalam kalangan penganjuran maraton di Malaysia, sekali gus berjaya menarik penyertaan pelari elit tempatan dan antarabangsa.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada pihak penganjur serta semua peserta yang telah menjayakan acara ini dengan penuh semangat dan komitmen.
#GeranPadananSukan #TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #JBSNT
