NATURAL IS ENOUGH: CLEAN SPORT FIT WARRIOR CHALLENGE SEMPENA FIESTA RAKAN MUDA × PLAY TRUE DAY TAHUN 2026

KUALA TERENGGANU, 18 April 2026 – Natural is Enough: Clean Sport Fit Warrior Challenge sempena Fiesta Rakan Muda x Play True Day @ Terengganu 2026 yang berlangsung dari 16 hingga 18 April di Kompleks Sukan Air Negeri Terengganu, Pulau Duyong telah menerima sambutan menggalakkan dengan lebih 160 penyertaan daripada golongan belia serta pengunjung melibatkan kategori lelaki, perempuan dan senior.
Penganjuran ini bersempena Play True Day yang disambut pada 19 April setiap tahun, iaitu inisiatif global oleh World Anti-Doping Agency dalam mempromosikan sukan bersih, integriti dan persaingan adil dalam kalangan atlet dan komuniti sukan.
Inisiatif ini turut menyokong usaha memperluas pendidikan anti-doping dalam kalangan belia sebagai persediaan ke arah temasya sukan utama negara termasuk SUKMA Selangor 2026 dan Sukan SEA Malaysia 2027.
Pelaksanaan ini digerakkan melalui kerjasama antara Agensi Anti-Doping Malaysia dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu, dengan sokongan Institut Sukan Negara yang mengendalikan aktiviti interaktif menggunakan peralatan seperti BlazePod bagi latihan reaksi dan koordinasi, serta recovery boots bagi pendedahan kepada kaedah pemulihan asas. Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu turut terlibat melalui inisiatif “Kenali Ubat Anda” berkaitan kesedaran penggunaan ubat dan risiko bahan serta kaedah terlarang dalam sukan.
Aktiviti cabaran kecergasan yang dilaksanakan menampilkan stesen latihan berintensiti tinggi merangkumi elemen kekuatan, ketahanan dan koordinasi, sekali gus menguji kecergasan fizikal peserta sambil menerapkan nilai disiplin dan integriti melalui pendekatan berasaskan pengalaman.
#PlayTrue #CleanSport #PlayTrueMalaysia
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #JBSNT #FiestaRakanMuda

Image
Jalan Pasir Panjang
21100 Kuala Terengganu,
Terengganu
Tel : 09-6222344/45 dan 09-6223693
Fax : 09-6236596

Web : http://www.jbsn.gov.my/jbs-terengganu

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 24-05-2026, 17:16:43

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search