- JBS Terengganu
- Hits: 4
MONTAJ PROGRAM FIESTA RAKAN MUDA X PLAY TRUE DAY @ TERENGGANU 2026
- JBS Terengganu
- Hits: 4
Program Fiesta Rakan Muda x Play True Day @ Terengganu 2026 yang berlangsung dari 16 hingga 18 April 2026 di Kompleks Sukan Air Negeri Terengganu, Pulau Duyong telah berjaya menghimpunkan golongan belia dalam suasana penuh meriah dan berinspirasi. Sepanjang tiga hari penganjuran, pelbagai aktiviti menarik berteraskan gaya hidup sihat, pembangunan sahsiah serta kesedaran integriti dalam sukan telah dilaksanakan.
Program ini turut menjadi platform terbaik dalam mengetengahkan bakat dan potensi anak muda melalui penglibatan aktif dalam aktiviti sukan, seni, dan rekreasi. Inisiatif Play True Day yang diketengahkan juga berjaya menyemai nilai-nilai murni seperti kejujuran, disiplin dan semangat kesukanan dalam kalangan peserta.
Sambutan yang amat menggalakkan daripada pelbagai lapisan masyarakat membuktikan bahawa usaha memperkasa belia melalui program seumpama ini terus relevan dan mendapat tempat. Diharapkan penganjuran ini mampu memberi impak positif serta menjadi pemangkin kepada pembangunan belia yang lebih holistik pada masa akan datang.
