PROGRAM FIESTA RAKAN MUDA X PLAY TRUE DAY @ TERENGGANU 2026

Program Fiesta Rakan Muda x Play True Day @ Terengganu 2026
KUALA TERENGGANU, 18 April 2026 – Program Fiesta Rakan Muda x Play True Day @ Terengganu 2026 yang berlangsung selama tiga hari bermula 16 hingga 18 April 2026 di Kompleks Sukan Air Negeri Terengganu, Pulau Duyong telah berjaya menarik penyertaan lebih 1,500 pengunjung daripada pelbagai lapisan komuniti setempat dan luar.
Program berskala besar ini menampilkan sebanyak 29 aktiviti menarik yang merangkumi 10 elemen utama Rakan Muda iaitu Rakan Aktif, Rakan Mahir, Rakan Niaga, Rakan Prihatin, Rakan Bumi, Rakan Ekspresi, Rakan Litar, Rakan Digital, Rakan Demokrasi dan Rakan Musik.
Antara aktiviti yang menjadi tumpuan sepanjang penganjuran termasuk Fun Run, pertandingan kayak, pencarian bakat, pertunjukan perahu layar serta permainan bot kawalan. Selain itu, program turut mengetengahkan aktiviti berteraskan kemahiran dan kreativiti seperti pertandingan doodle art, canting batik, barista muda dan dekorasi kek.
Tidak ketinggalan, pelbagai inisiatif komuniti turut dilaksanakan seperti aktiviti penanaman pokok, gunting rambut percuma, tukar minyak hitam motosikal percuma serta pemberian helmet percuma kepada peserta yang layak.
Penganjuran program ini dilihat berjaya menghimpunkan golongan belia dalam satu platform yang sihat, aktif dan berimpak positif selari dengan aspirasi pembangunan belia melalui pendekatan Rakan Muda yang inklusif dan menyeluruh.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #JBSNT #FiestaRakanMuda

Image
Jalan Pasir Panjang
21100 Kuala Terengganu,
Terengganu
Tel : 09-6222344/45 dan 09-6223693
Fax : 09-6236596

Web : http://www.jbsn.gov.my/jbs-terengganu

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 24-05-2026, 17:16:43

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search