PROJEK PLANET RAKAN MUDA - GERAKKAN 7500 BELIA PRIHATIN ALAM

   Projek Planet Rakan Muda – Gerakkan 7,500 Belia Prihatin Alam
Bertempat di Pulau Redang, Terengganu, program Rakan Bumi: Projek Planet Rakan Muda 2026 berjaya menghimpunkan semangat kesukarelawanan dalam kalangan belia melalui pelbagai aktiviti berteraskan kelestarian.  
Sebagai tuan rumah, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu (JBSNT) memainkan peranan penting dalam menyokong usaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) untuk mencapai sasaran penglibatan lebih 7,500 belia di seluruh negara.  
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Dr. Taufiq Johari, Menteri Belia dan Sukan, dengan kehadiran YB Hj. Hishamuddin Abdul Karim, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri Terengganu.  
Turut memeriahkan program ialah YBhg. Dato’ Rahimi Ismail, Ketua Setiausaha KBS dan YBrs. Pn. Azura Abidin, Ketua Pengarah JBSN.  
Antara pengisian utama termasuk aktiviti penanaman pokok, plogging, kesedaran alam sekitar, pembersihan dasar laut serta pengumpulan pukat hantu—semuanya mencerminkan komitmen membentuk generasi belia yang lebih bertanggungjawab terhadap pemeliharaan alam.  
Inisiatif ini sebagai usaha berterusan menyemai budaya cintakan alam sekitar dalam kalangan masyarakat.  
  Belia Lestari, Alam Terpelihara!
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #JBSNT

Image
Jalan Pasir Panjang
21100 Kuala Terengganu,
Terengganu
Tel : 09-6222344/45 dan 09-6223693
Fax : 09-6236596

Web : http://www.jbsn.gov.my/jbs-terengganu

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 24-05-2026, 17:16:43

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search