TAYANGAN PERLAWANAN KELAYAKAN PIALA ASIA 2027 BERLANGSUNG MERIAH!

31 Mac 2026 | Kompleks Sukan Air Negeri Terengganu
Cuaca yang baik, suasana meriah, penuh semangat dan luar jangkaan telah mewarnai tayangan perlawanan Kelayakan Piala Asia 2027 melibatkan pasukan Vietnam menentang Malaysia yang berlangsung pada 31 Mac 2026 di Kompleks Sukan Air Negeri Terengganu.
Program tayangan skrin besar ini berjaya menghimpunkan 680 penyokong bola sepak tempatan daripada pelbagai lapisan masyarakat yang hadir bagi memberikan sokongan padu kepada skuad Harimau Malaya. Sorakan dan semangat kenegaraan jelas terpancar sepanjang perlawanan berlangsung, sekali gus mewujudkan suasana komuniti yang harmoni dan meriah.
Selain menjadi platform tontonan bersama, program ini turut mengeratkan hubungan masyarakat setempat dengan perlawanan 3 on 3 street soccer, pertandingan riang mewarna, sepakan penalti dan pelbagai acara menarik bagi menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan peminat sukan bola sepak negara.
Penganjuran program berjalan dengan lancar dan tersusun rapi hasil kerjasama semua pihak termasuk Gerakan Belia 4B(M) Cawangan Mutiara Duyong, rakan strategik, urusetia, petugas serta para pengunjung yang sentiasa mematuhi peraturan keselamatan sepanjang acara berlangsung.
Semoga program sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi menyokong pembangunan sukan serta memperkukuh perpaduan komuniti melalui aktiviti sihat dan positif.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #JBSNT #HarimauMalaya #KelayakanPialaAsia2027
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Rakan Muda
belia.my

Image
Jalan Pasir Panjang
21100 Kuala Terengganu,
Terengganu
Tel : 09-6222344/45 dan 09-6223693
Fax : 09-6236596

Web : http://www.jbsn.gov.my/jbs-terengganu

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 24-05-2026, 17:16:43

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search