- JBS Terengganu
- Hits: 1
MAJLIS PENYERAHAN PROJEK MEMBINA BARU KOMPLEKS SUKAN AIR NEGERI TERENGGANU
- JBS Terengganu
- Hits: 1
KUALA TERENGGANU, 16 Februari 2026 – Terengganu sekali lagi melakar sejarah apabila Kompleks Sukan Air Negeri Terengganu telah siap sepenuhnya dan secara rasmi diserahkan dalam satu majlis penyerahan projek yang berlangsung dengan penuh bermakna. Majlis ini telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Asmadi bin Mohamad, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu yang turut dihadiri oleh YBrs. Tuan Anuar bin Mohd Azlan, Timbalan Pengarah (Pembangunan), Jabatan Kerja Raya Terengganu.
Kompleks sukan ini dijangka menjadi hab sukan air utama di negeri ini, sekali gus membuka lebih banyak peluang kepada belia dan atlet tempatan untuk berkembang dalam bidang sukan air seperti kayak, kanu serta aktiviti rekreasi berasaskan air.
Majlis penyerahan ini menandakan komitmen Kementerian Belia dan Sukan dalam menyediakan kemudahan sukan bertaraf tinggi demi memperkasa pembangunan belia dan sukan serta menyokong agenda gaya hidup sihat.
Lokasi fasiliti adalah terletak di Pulau Duyong di mana kawasan ini cukup terkenal dan tidak asing dengan kepakaran pembuatan bot dan perahu tradisional di peringkat dunia. Sekitar tahun 2005, penganjuran Monsoon Cup yang bertaraf antarabangsa turut diadakan di sini. Pembinaan kompleks ini bukan sahaja memberi manfaat kepada belia setempat, malah mampu menjadi tarikan baharu pelancongan sukan (sports tourism) dan lokasi pilihan untuk penganjuran kejohanan sukan air di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa.
Dengan fasiliti yang lengkap, reka bentuk moden serta lokasi strategik, Kompleks Sukan Air Negeri Terengganu dilihat sebagai simbol baharu kemajuan sukan air dan bakal menjadi ruang selamat untuk belia beraktiviti. Jangan lupa singgah ya!
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #JBSNT
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
JBSNegara
Rakan Muda
belia.my
Disediakan Oleh : Unit Pengurusan Portal JBSNT
