RAKAN PRIHATIN 2026 | MISI SUKARELAWAN BERJAYA DILAKSANAKAN!

Alhamdulillah dan tahniah!   
Pada 14 Februari 2026 (Sabtu), Program Rakan Prihatin: Mobilisasi Skuad Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA) Sosial & Pasca Bencana Peringkat Negeri Terengganu 2026 sempena Pasca Bersih Pantai Ganu Siri 5 telah selesai dengan jayanya di Pantai Bukit Keluang!

Seramai 68 orang sukarelawan turun padang dengan semangat luar biasa   , berganding bahu bersama komuniti setempat dalam memastikan kawasan pantai kekal bersih, selamat dan terpelihara. Komitmen, disiplin dan semangat berpasukan yang dipamerkan benar-benar mencerminkan kekuatan belia sebagai penggerak perubahan!

Program ini bukan sahaja mencapai objektif yang ditetapkan, malah berjaya memperkukuh budaya kesukarelawanan, meningkatkan kesiapsiagaan pasca bencana serta mengeratkan hubungan strategik antara agensi dan masyarakat setempat. Inilah bukti bahawa apabila kita bersatu hati, hasilnya luar biasa!

Turut hadir memeriahkan program Encik Azwan Nazzul Bin Mohamad selaku Setiausaha MAYC Negeri Terengganu & Encik Mohd Hafizuddin bin Amlin selaku Jurulatih Rekreasi Kebangsaan yang bersama-sama menyumbang kepakaran dan sokongan dalam menjayakan misi kesukarelawanan ini.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan misi ini termasuk Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu serta rakan strategik lain. Anda semua memang #TeamPower!

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #JBSNT #PantaiBukitKeluang #BeliaPrihatin #TerengganuBersih

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
JBSNegara
Rakan Muda
belia.my

Disediakan Oleh : Unit Pengurusan Portal JBSNT

Image
Jalan Pasir Panjang
21100 Kuala Terengganu,
Terengganu
Tel : 09-6222344/45 dan 09-6223693
Fax : 09-6236596

Web : http://www.jbsn.gov.my/jbs-terengganu

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 22-02-2026, 15:16:52

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search