KUNJUNG HORMAT PENGURUSAN TERTINGGI SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA (MCMC) NEGERI TERENGGANU KE JBSNT

Kunjung hormat pengurusan tertinggi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Negeri Terengganu yang diketuai oleh Tuan Haji Abd Mubin Mohd Zain, Pengarah MCMC Negeri Terengganu, kepada Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu telah diadakan sebagai satu platform strategik bagi mengukuhkan hubungan kerjasama dua hala. Pertemuan ini bertujuan membincangkan perancangan dan pelaksanaan program bersama yang memberi fokus kepada pemerkasaan literasi digital, keselamatan siber serta penggunaan media sosial secara beretika dalam kalangan belia negeri Terengganu.

Selain itu, sesi perjumpaan ini turut membuka ruang perbincangan berhubung inisiatif Rakan Muda Digital serta peranan belia sebagai ejen kesedaran komuniti dalam mendepani cabaran dunia digital masa kini, sejajar dengan aspirasi kerajaan untuk melahirkan generasi belia yang celik teknologi, berdaya saing dan bertanggungjawab.

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #JBSNT

Disediakan Oleh : Unit Pengurusan Portal JBSNT

Image
Jalan Pasir Panjang
21100 Kuala Terengganu,
Terengganu
Tel : 09-6222344/45 dan 09-6223693
Fax : 09-6236596

Web : http://www.jbsn.gov.my/jbs-terengganu

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 22-02-2026, 15:16:52

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search