KEJOHANAN BOLA SEPAK 7 SEBELAH 12 TAHUN PIALA MONSUN 2025

25 DISEMBER 2025 - Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah Bawah 12 Tahun Piala Monsun 2025 telah berlangsung dengan penuh meriah dan semangat kesukanan di Padang Bola Sepak Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu. Walaupun berdepan cabaran cuaca monsun, para pemain muda tetap mempamerkan aksi bertenaga, disiplin tinggi dan semangat juang yang membanggakan.

Sebanyak 48 pasukan telah mengambil bahagian, dengan 480 pemain dari seluruh negeri Terengganu mendaftar untuk beraksi pada hari ini. Sepanjang kejohanan, pelbagai perlawanan menarik dipertontonkan dengan corak permainan pantas, kemahiran individu yang baik serta kerjasama pasukan yang mantap.

Perlawanan akhir menyaksikan saingan sengit antara TAGMY NIBUNG dan NFFA A, sebelum TAGMY NIBUNG muncul sebagai Juara Piala Monsun 2025. Keputusan penuh kejohanan adalah seperti berikut:

  Juara: TAGMY NIBUNG
  Naib Juara: NFFA A
  Tempat Ketiga bersama: LCFC B & AP JUNIOR

Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pasukan, jurulatih, pengadil, ibu bapa serta penaja yang telah memberikan sokongan padu demi menjayakan kejohanan ini. Semoga kejohanan ini menjadi platform penting dalam mencungkil bakat muda dan melahirkan pemain bola sepak berkualiti pada masa hadapan.
Jumpa lagi di Piala Monsun akan datang!   

Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
JBSNegara
Rakan Muda

#JBSNKomited
#MalaysiaMadani
#KBSMalaysia
#JBSNT
#TeamJBSN
#TeamJBSNT
#rakanmuda
#sukanuntuksemua

Disediakan Oleh : Unit Pengurusan Portal JBSNT

Image
Jalan Pasir Panjang
21100 Kuala Terengganu,
Terengganu
Tel : 09-6222344/45 dan 09-6223693
Fax : 09-6236596

Web : http://www.jbsn.gov.my/jbs-terengganu

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 23-02-2026, 09:32:41

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search