- JBS Terengganu
- Hits: 62
HARI KESUKARELAWANAN BELIA MALAYSIA (HKBM) PERINGKAT NEGERI TERENGGANU TAHUN 2025
- JBS Terengganu
- Hits: 62
Tarikh: 6 Disember 2025 (Sabtu)
Tempat: Dewan Utama, Kompleks Belia dan Sukan (KOMBES), Negeri Terengganu
Program Hari Kesukarelawanan Belia Malaysia (HKBM) Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2025 telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Utama KOMBES dengan penyertaan seramai 120 orang peserta yang terdiri daripada golongan belia seluruh Negeri Terengganu. Penganjuran ini bertujuan meningkatkan semangat sukarelawan dalam kalangan belia, serta memberikan pendedahan berkaitan peranan belia sebagai agen perubahan masyarakat.
Majlis dimulakan dengan Sesi Forum “Kecil Tangan, Besar Jasanya: Kuasa Sukarelawan” yang menampilkan dua panel istimewa:
Dr. Normah Awang Noh, Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Kerja Sosial, Fakulti Sains Sosial Gunaan
Encik Ahmad Kamarulisham bin Md Kassim, Pengerusi Pertubuhan Sukarelawan Satria Malaysia
Forum ini telah dikendalikan dengan baik oleh Puan Nor Fathiah Binti Alwi, Naib Pengerusi II Majlis Belia Daerah Kuala Terengganu / MAYC Kuala Terengganu, yang berjaya mengupas topik secara menarik dan memberi motivasi kepada para peserta tentang kepentingan budaya kesukarelawanan.
Majlis diteruskan dengan Perasmian Penutup yang telah disempurnakan oleh:
Tuan Haji Asmadi bin Mohamad,
Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu.
Selain itu, turut diadakan Slot Pendaftaran Sukarelawan Rakan Muda JBS Negeri Terengganu bagi memberi peluang kepada orang ramai menyertai jaringan sukarelawan belia negeri sebagai langkah awal dalam mendalami dunia kesukarelawanan.
Tahniah dan penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang menjayakan program ini—panel jemputan, moderator, urus setia, serta para peserta yang hadir. Semoga usaha ini terus memperkukuh budaya kesukarelawanan demi kesejahteraan masyarakat dan negara.
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
JBSNegara
Rakan Muda
#HKBM2025 #BeliaTerengganu #Sukarelawan #RakanMuda #JBSNT #BeliaMalaysia
Disediakan Oleh : Unit Pengurusan Portal JBSNT
