KURSUS ASAS DIGITAL CANVA, PENUTUP AKTIVITI BAGI PROGRAM Y-HUB NEGERI TERENGGANU SESI TAHUN 2025

Kuala Terengganu, 26 November 2025 – Kursus Asas Digital Canva bagi Program Y-Hub Negeri Terengganu 2025 telah dilaksanakan pada 26 November 2025 bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Terengganu. Kursus ini adalah salah satu inisiatif untuk memperkukuh kemahiran belia dalam bidang reka bentuk grafik digital.

Program ini memberi fokus kepada penguasaan asas penggunaan platform Canva bagi penyediaan bahan visual yang lebih berkualiti dan kreatif.

Seramai 40 orang telah menyertai kursus ini yang dikendalikan oleh Encik Che Amir Khairi bin Che Rosely. Sepanjang sesi ini, peserta diberikan pendedahan menyeluruh merangkumi pengenalan fungsi-fungsi utama Canva, teknik penghasilan poster, bahan promosi media sosial serta aplikasi elemen grafik secara berkesan.

Selain itu, peserta turut diberi latihan amali latihan kendiri bagi memberi peluang kepada peserta menghasilkan karya sendiri dan menerima maklum balas secara langsung.

Kami berharap kursus ini dapat meningkatkan kompetensi peserta dalam bidang reka bentuk digital, seterusnya membantu mereka menghasilkan bahan grafik yang berkualiti tinggi untuk keperluan kerjaya dan juga akademik.

Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
JBSNegara
Rakan Muda

#JBSNKomited
#MalaysiaMadani
#KBSMalaysia
#JBSNT
#TeamJBSN
#TeamJBSNT
#rakanmuda

Disediakan Oleh : Unit Pengurusan Portal JBSNT

Image
Jalan Pasir Panjang
21100 Kuala Terengganu,
Terengganu
Tel : 09-6222344/45 dan 09-6223693
Fax : 09-6236596

Web : http://www.jbsn.gov.my/jbs-terengganu

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 23-02-2026, 09:32:41

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search