MAJLIS PERASMIAN YOUTH HUB NEGERI TERENGGANU MEMPERKUKUH PERANAN BELIA NEGERI

Kuala Terengganu, 15 November 2025 – Majlis Perasmian Youth Hub Negeri Terengganu berlangsung dengan membawa mesej Solidariti Palestin di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Terengganu hari ini. Program yang menghimpunkan pemimpin, agensi serta komuniti belia ini bertujuan memperkukuh pembangunan generasi muda melalui ruang interaktif yang lebih moden, kreatif dan inklusif.

Majlis ini telah disempurnakan oleh Tuan Haji Asmadi bin Mohamad, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu, yang turut menzahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada MAYC Negeri Terengganu dan agensi-agensi yang terlibat di atas komitmen dalam menjayakan program ini.

Seramai 320 orang terdiri daripada wakil pertubuhan belia, pelajar institusi pengajian, komuniti setempat dan agensi kerajaan hadir memeriahkan majlis. Pelbagai pengisian turut diadakan seperti Youth Bike Gathering, Fardhu Kifayah Tanggung Jawab Ummah : Pengurusan Jenazah, Sesi Pocket Talk oleh Prof. Dr. Mohd Afandi bin Salleh (Sukarelawan Freedom Flotilla Coalition), pameran agensi, pemeriksaan kesihatan percuma dan perkhemahan belia di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Terengganu.

Pelbagai aktiviti Youth Hub Negeri Terengganu telah dilaksanakan bermula Oktober hingga November 2025 seperti Kelas Asas Paluan Kompang, Kelas Asas Tarian, Kursus Seni Tangan, Kursus Asas Digital serta Youth Biz. Youth Hub ini juga dijangka menjadi pemangkin kepada pembentukan masyarakat belia yang lebih aktif, progresif dan berdaya saing dalam menghadapi cabaran masa kini. Ia juga menyediakan peluang kepada anak muda untuk menerokai bidang baharu seiring perkembangan teknologi dan industri kreatif.

Majlis perasmian yang berlangsung dalam suasana ceria dan penuh semangat ini menandakan langkah penting dalam usaha kerajaan memperkukuh ekosistem pembangunan belia secara holistik di Terengganu.

Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
JBSNegara
Rakan Muda

#JBSNKomited
#MalaysiaMadani
#KBSMalaysia
#JBSNT
#TeamJBSN
#TeamJBSNT
#rakanmuda

Disediakan Oleh : Unit Pengurusan Portal JBSNT

Image
Jalan Pasir Panjang
21100 Kuala Terengganu,
Terengganu
Tel : 09-6222344/45 dan 09-6223693
Fax : 09-6236596

Web : http://www.jbsn.gov.my/jbs-terengganu

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 23-02-2026, 09:32:41

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search