- JBS Terengganu
- Hits: 163
KURSUS LATIHAN ASAS SUKAN (KLAS) MENDAKI TEMBOK TIRUAN PERINGKAT NEGERI TERENGGANU
- JBS Terengganu
- Hits: 163
17 - 18 OKTOBER 2025 (JUMAAT - SABTU)
Majlis Perasmian Penutup Kursus Latihan Asas Sukan (KLAS) Mendaki Tembok Tiruan Peringkat Negeri Terengganu 2025 telah disempurnakan oleh Encik Nor Hisham bin Mohamed, Pegawai Rakan Muda yang mewakili Tuan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu, yang diiringi oleh Encik Zamri Noor bin Moh Daud , Presiden Dynamic Climbing Club serta Cik Nur Zulaikha binti Roszelni, Pegawai Pembangunan Sukan Rekreasi, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Terengganu.
Program yang dianjurkan selama 2 hari 1 malam oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu dengan kerjasama Dynamic Climbing Club telah menghimpunkan seramai 50 orang peserta dari daerah seluruh di Negeri Terengganu.
Program ini merupakan salah satu inisiatif dari pembangunan sukan rekreasi JBSN untuk mengasah skill, bakat dan teknik kemahiran mendaki asas dan aplikasi tali tinggi dalam kalangan peserta. Di samping, mengembangkan aktiviti mendaki tembok tiruan secara teori dan praktikal dengan mementingkan ciri-ciri keselamatan dalam pelaksanaan aktiviti,
Terima kasih kepada semua peserta yang telah menunjukkan komitmen dan semangat yang tinggi sepanjang program ini. Semoga ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan sepenuhnya.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMadani
#rakanmuda
#JBSNTerengganu
Disediakan Oleh : Unit Pengurusan Portal JBSNT
