- JBS Terengganu
- Hits: 3
PROGRAM QUEEN FIT@MALAYSIAAKTIF PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2025 BERLANGSUNG DENGAN MERIAH!
- JBS Terengganu
- Hits: 3
Program Queen Fit@MalaysiaAktif Peringkat Negeri Terengganu 2025
Dewan Serbaguna PPR Padang Hiliran, Kuala Terengganu
3 Oktober 2025
Program Queen Fit@MalaysiaAktif Peringkat Negeri Terengganu 2025 telah berlangsung dengan meriah, dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu dengan kerjasama Kelab Sukan Kecergasan Warisan. Program ini merupakan antara pengisian awal Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Terengganu 2025.
Acara kemuncak Aerobikthon & Zumbathon menjadi tumpuan utama, dengan penyertaan peserta wanita daripada pelbagai lapisan masyarakat yang hadir bagi memeriahkan suasana serta menyemarakkan semangat kecergasan komuniti setempat.
Turut memeriahkan program ialah aktiviti sukaneka untuk kanak-kanak, menjadikan suasana lebih inklusif dan menyeronokkan buat seisi keluarga.
Majlis penutup telah disempurnakan oleh YBrs. En. Mohd Fais bin Haji Mohd Sendek, Penolong Pengarah Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu. Dalam majlis tersebut turut diadakan penyampaian hadiah cabutan bertuah kepada para peserta bertuah.
Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua peserta serta urusetia yang telah menjayakan program ini!
Jom kita terus kekal aktif, sihat dan cergas bersama #MalaysiaAktif
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
JBSNegara
Rakan Muda
#JBSNegeriTerengganu
#QueenFit2025
#HariSukanNegara
#HSN25
#AktifSihatCeria
#MalaysiaAktif
Disediakan Oleh : Unit Pengurusan Portal JBSNT