PROGRAM FOOTGOLF DAY@MALAYSIA AKTIF BERLANGSUNG MERIAH!

Footgolf Day@MalaysiaAktif Peringkat Negeri Terengganu 2025!
Ibai Golf Resort, Kuala Terengganu
4 Oktober 2025

Program Footgolf Day@MalaysiaAktif berlangsung meriah hari ini menjelang beberapa hari lagi menuju ke sambutan Hari Sukan Negara!   

Program anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu dengan kerjasama Persatuan Footgolf Negeri Terengganu berjaya mengumpulkan seramai 60 orang peserta pelbagai peringkat umur.

YBrs. Tuan Haji Asmadi bin Mohamad, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu hadir menyampaikan hadiah kepada para pemenang membuktikan komitmen jabatan dalam menyokong aktiviti sukan dan rekreasi yang menggalakkan gaya hidup sihat dan aktif. Turut hadir En Mohd Fais b Hj Mohd Sendek, penolong pengarah sukan JBSNT.

Tahniah dan terima kasih kepada semua peserta dan urusetia yang menjayakan program ini!  

Jom kita terus kekal aktif, sihat dan ceria bersama #MalaysiaAktif  

Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
JBSNegara
Rakan Muda

#JBSNegeriTerengganu
#FootgolfDay2025
#HariSukanNegara
#HSN25
#AktifSihatCeria
#MalaysiaAktif

Disediakan Oleh : Unit Pengurusan Portal JBSNT

Image
Jalan Pasir Panjang
21100 Kuala Terengganu,
Terengganu
Tel : 09-6222344/45 dan 09-6223693
Fax : 09-6236596

Web : http://www.jbsn.gov.my/jbs-terengganu

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 06-10-2025, 17:08:12

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search