- JBS Terengganu
- Hits: 57
"AEROBIC DANCE” PERINGKAT NEGERI TERENGGANU DAPAT SAMBUTAN LUAR BIASA
- JBS Terengganu
- Hits: 57
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu dengan kerjasama Kelab Sukan Kecergasan Warisan telah mengadakan Pertandingan Aerobic Dance Peringkat Negeri Terengganu pada 30 September 2025 bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Terengganu.
Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu, Encik Mohd Fais bin Haji Mohd Sendek hadir bagi menyempurnakan Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Pertandingan “Aerobic Dance” Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2025.
Pertandingan ini telah disertai sebanyak 16 pasukan dengan menekankan Gaya Hidup Rakan Muda iaitu Rakan Aktif.
Tahniah dan syabas kepada pemenang :
Kategori Remaja (17 Tahun dan ke Bawah)
Johan – TEPCSIS GIRLS (SK SULTAN ISMAIL & SMK CHUKAI)
Naib Johan - D’VIBES CREW (SK KAMPONG DELIMA)
Tempat Ketiga - THUNDERBLAZE (SK SULTAN SULAIMAN 1)
Kategori Dewasa (18 Tahun dan ke Atas)
Johan – HAUNTZ (KOLEJ MATRIKULASI PAHANG)
Naib Johan – DYNAMIC DIVAS (TERBUKA)
Tempat Ketiga - ANAC (ALPHA NATION AEROBIC CLUB)
Pertandingan ini diadakan di seluruh negeri yang mana kemuncak adalah peringkat kebangsaan yang akan diadakan pada November depan.
Jutaan terima kasih kepada para juri, penjaga garisan, guru - guru, ibu - bapa dan semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.
Semoga berjumpa lagi di tahun hadapan dengan semangat membara!
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
JBSNegara
Rakan Muda
#JBSNKomited
#MalaysiaMadani
#KBSMalaysia
#TeamJBSN
#TeamJBSNT
#rakanmuda
#HSNTerengganu2025
#HSN2025
#MalaysiaAktif
#ADTerengganu2025
Disediakan Oleh : Unit Pengurusan Portal JBSNT
