- JBS Terengganu
- Hits: 1
MOTORCROSS TRACK DAY PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2025 SIRI 1
- JBS Terengganu
- Hits: 1
26 - 27 SEPTEMBER 2025 (JUMAAT - SABTU)
Majlis Perasmian Penutup Motorcross Track Day Peringkat Negeri Terengganu 2025 Siri 1 telah disempurnakan oleh Encik Mohd Fais bin Haji Mohd Sendek, Penolong Pengarah (Sukan), Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu yang diiringi oleh Encik Aziz bin Arifin, Presiden Kelab Sukan Motosikal Lasak Chukai serta Puan Nurhayati binti Ahmad, Wakil Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kemaman bertempat di Litar Motocross Pantai Teluk Mak Nik, Chukai, Kemaman, Terengganu.
Program yang dianjurkan selama 2 hari oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu dengan kerjasama Kelab Motosikal Lasak Chukai telah menghimpunkan seramai 86 orang peserta dari daerah seluruh di Negeri Terengganu.
Program ini merupakan salah satu inisiatif dari pembangunan sukan rekreasi JBSN untuk memberi pendedahan kepada peserta yang mempunyai potensi untuk mencungkil bakat-bakat baru dalam sukan permotoran tanah air. Di samping, memberi kesedaran mengenai aspek keselamatan di dalam perlumbaan.
Terima kasih kepada semua peserta yang telah menunjukkan komitmen dan semangat yang tinggi sepanjang program ini. Semoga ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan sepenuhnya.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMadanu
#rakanmuda
#rakanlitar
#JBSNTerengganu
Disediakan Oleh : Unit Pengurusan Portal JBSNT