56 PENYERTAAN MERIAHKAN BESUT GOLF CHALLENGE RAKAN MUDA

BESUT, 21 SEPTEMBER 2025 - Besut Golf Challenge Rakan Muda anjuran Kelab Rakan Muda Daerah Besut telah berlangsung pada 19 dan 20 September 2025 bertempat di Padang Golf Pengkalan Udara Gong Kedak dengan penyertaan seramai 56 orang peserta.

Program ini dilaksanakan di bawah peruntukan Dana Sukan Komuniti sebagai salah satu usaha memperkasakan gaya hidup sihat dan memupuk semangat kesukanan dalam kalangan belia serta komuniti setempat.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Encik Yusof bin Mat Nor, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Besut.
Penganjuran ini bukan sahaja berjaya mengeratkan ukhuwah sesama peminat sukan golf, malah diharap dapat melahirkan lebih ramai pemain berbakat dari Daerah Besut pada masa akan datang.

Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
JBSNegara
Rakan Muda

#KBSMalaysia
#JBSNKomited
#MalaysiaMadani
#TeamPBSDBesut
#RakanMuda
#DSKKBS2025

Disediakan Oleh : Unit Pengurusan Portal JBSNT

Image
Jalan Pasir Panjang
21100 Kuala Terengganu,
Terengganu
Tel : 09-6222344/45 dan 09-6223693
Fax : 09-6236596

Web : http://www.jbsn.gov.my/jbs-terengganu

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 08-10-2025, 09:57:39

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search