PROGRAM 1000 LIGA KEJOHANAN FOOTGOLF PERINGKAT DAERAH BESUT 2025 BERLANGSUNG MERIAH DI PADANG HIJAU LESTARI UNISZA KAMPUS BESUT

BESUT, 21 SEPTEMBER 2025 - Program 1000 Liga Kejohanan Footgolf Peringkat Daerah Besut 2025 telah berlangsung dengan penuh meriah di Padang Hijau Lestari, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Kampus Besut. Penganjuran kali ini dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Besut dengan kerjasama UniSZA Kampus Besut.

Padang Hijau Lestari yang menjadi lokasi kejohanan ini merupakan salah satu daripada tiga padang footgolf yang terdapat di negeri Terengganu, sekali gus menjadikannya destinasi penting dalam memacu perkembangan sukan tersebut di peringkat negeri.

Program ini menjadi landasan penting dalam memperkenalkan sukan footgolf kepada komuniti setempat selain memberi peluang kepada generasi muda mendekati sukan baharu yang semakin mendapat perhatian di peringkat antarabangsa.
Kejohanan ini bukan sahaja menggalakkan gaya hidup sihat dan aktif, malah turut memupuk semangat kesukanan serta mempereratkan hubungan silaturahim antara peserta. Penganjur berharap agar melalui penganjuran 1000 Liga ini, lebih ramai belia akan tampil menyahut cabaran untuk menjadikan aktiviti riadah sebagai budaya hidup.

Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
JBSNegara
Rakan Muda

#KBSMalaysia
#JBSNKomited
#MalaysiaMadani
#TeamPBSDBesut
#RakanMuda
#1000Liga

Disediakan Oleh : Unit Pengurusan Portal JBSNT

Image
Jalan Pasir Panjang
21100 Kuala Terengganu,
Terengganu
Tel : 09-6222344/45 dan 09-6223693
Fax : 09-6236596

Web : http://www.jbsn.gov.my/jbs-terengganu

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 08-10-2025, 09:57:39

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search