LISOKU KEBANGSAAN 2025 SEDANG BERAKSI DI NEGERI SEMBILAN

Seremban, 19 Sept – Liga Sukan Orang Kurang Upaya (LiSOKU) Kebangsaan 2025 membuka tirai dengan penuh semangat apabila acara futsal dan bola tampar duduk berlangsung di Kompleks Belia dan Sukan Paroi.

Hari pertama menyaksikan persaingan sengit antara pasukan negeri, dengan keputusan berikut dicatatkan:
Keputusan Hari Pertama
Futsal Lelaki
Perak seri Terengganu (1-1)
Terengganu tewas kepada Kelantan (0-3)
Futsal Wanita
Terengganu menewaskan Melaka (3-0)
Terengganu mengatasi Sarawak (3-0)
Bola Tampar Duduk Lelaki
Terengganu menundukkan Sabah (31-16)
Terengganu tewas kepada Perak (24-31)
Bola Tampar Duduk Wanita
Terengganu menang ke atas Kedah (31-27)
Terengganu kalah tipis kepada Pulau Pinang (29-31)

Kejohanan akan diteruskan pada hari kedua dengan perlawanan peringkat kumpulan, saingan kalah mati serta acara tenpin bowling yang dijadualkan berlangsung di Mesamall, Nilai.

Semoga pasukan Terengganu terus melakar kejayaan dan mara ke peringkat seterusnya dan menjadikan LiSOKU medan mencungkil bakat baharu atlet OKU di pentas kebangsaan.

Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
JBSNegara
Rakan Muda

#JBSNKomited
#MalaysiaMadani
#KBSMalaysia
#TeamJBSN
#TeamJBSNT
#rakanmuda
#MalaysiaAktif
#lisoku2025

Disediakan Oleh : Unit Pengurusan Portal JBSNT

Image
Jalan Pasir Panjang
21100 Kuala Terengganu,
Terengganu
Tel : 09-6222344/45 dan 09-6223693
Fax : 09-6236596

Web : http://www.jbsn.gov.my/jbs-terengganu

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 08-10-2025, 09:57:39

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search