KEJOHANAN LIGA SUKAN KOMUNITI PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2025

KUALA NERUS, 18 OGOS 2025 - Suasana penuh meriah di Kejohanan Liga Sukan Komuniti (LSK) Peringkat Negeri Terengganu 2025 yang menghimpunkan penyertaan dari seluruh daerah di negeri ini.

Kejohanan berlangsung pada 15 dan 16 Ogos 2025 di Pusat Sukan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) mengumpulkan lebih 400 atlet, pengurus dan jurulatih yang terdiri daripada johan dan naib johan di peringkat daerah. Antara acara sukan yang dipertandingkan ialah ping pong, bola jaring dan sepak takraw.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu, Tuan Haji Asmadi bin Mohamad, manakala UniSZA diwakili oleh Pengarah Pusat Sukan dan Rekreasi, Encik Riduan bin Mohamed Arof. Turut hadir Penolong Pengarah Sukan Encik Mohd Fais Bin Haji Mohd Sendek serta para Pegawai Belia dan Sukan Daerah.

Berikut merupakan keputusan setiap acara

  *Bola Jaring*
 Johan - Kemaman A
 Naib Johan - Besut A
 Ketiga - Setiu A
 Ketiga - Kuala Terengganu B

  *Sepak Takraw*
 Johan – Marang A
 Naib Johan – Hulu Terengganu A
 Ketiga – Dungun B
 Ketiga – Marang B

  *Ping Pong*
 Johan – Dungun A
 Naib Johan – Kuala Terengganu A
 Ketiga -Kemaman A
 Ketiga – Marang A

Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
JBSNegara
Rakan Muda
#JBSNKomited
#MalaysiaMadani
#KBSMalaysia
#TeamJBSN
#TeamJBSNT
#rakanmuda
#LSK2025
#LSKTerengganu

Disediakan Oleh : Unit Pengurusan Portal JBSNT

Image
Jalan Pasir Panjang
21100 Kuala Terengganu,
Terengganu
Tel : 09-6222344/45 dan 09-6223693
Fax : 09-6236596

Web : http://www.jbsn.gov.my/jbs-terengganu

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 08-10-2025, 09:57:39

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search