- JBS Terengganu
- Hits: 23
PROGRAM JELAJAH ROHANI SIRI 2 PERINGKAT DAERAH HULU TERENGGANU
- JBS Terengganu
- Hits: 23
HULU TERENGGANU, 18 OGOS 2025 - Program Rakan Prihatin : Mobilisasi Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA) - Jelajah Rohani Siri 2 Peringkat Daerah Hulu Terengganu 2025 berlangsung di Masjid Felda Bukit Bading, Ajil Terengganu. Program yang diadakan selama 2 hari 1 malam telah bermula pada 14 hingga 15 Ogos 2025 dan disertai seramai 102 orang peserta.
Program ini bukan hanya sekadar satu aktiviti, tetapi satu latihan rohani yang mendidik jiwa dan menyuburkan iman. Ia adalah satu muhasabah, satu proses pembersihan hati, dan satu peringatan bahawa kita semua adalah hamba Allah yang sentiasa perlu mendekatkan diri kepada-Nya.
Program ini juga bertujuan merealisasikan usaha Kementerian Belia dan Sukan dalam menggalakkan dan melahirkan sukarelawan di kalangan belia yang berpengetahuan, berkemahiran, prihatin, bertanggungjawab, mempunyai nilai-nilai kesukarelawanan yang tinggi, saling bantu membantu serta peka dengan keadaan sekeliling.
Majlis Penutup dan penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Encik Mohd Nasir bin Shamsudin, Pengurus Felda Bukit Bading. Turut hadir Cik Nik Noor Azlihan binti Nik Jamaludin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Hulu Terengganu dan Encik Alias bin Salleh, Pengerusi Masjid Felda Bukit Bading, Ajil, Terengganu
Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga kita semua mendapat keredhaan Allah S.W.T.
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
JBSNegara
Rakan Muda
#JBSNKomited
#MalaysiaMadani
#KBSMalaysia
#TeamJBSN
#rakanmuda
#teampbsdhulutrg
#satria2
#jelajahrohani
Disediakan Oleh : Unit Pengurusan Portal JBSNT